Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

HPB mahu 10% makanan warga rangkumi bijirin penuh

Dec 13, 2017 | 05:30 AM



LEMBAGA Penggalak Kesihatan (HPB) berharap dapat menambah pengambilan bijirin penuh dalam pemakanan warga Singapura kepada 10 peratus menjelang 2020.



Buat masa ini, sekitar 2 peratus sahaja daripada santapan warga mengandungi bijirin penuh, seperti beras perang dan mi bijirin penuh, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HPB, Encik Zee Yoong Kang.



"Ini sasaran tinggi tetapi kami mempunyai rancangan bekerjasama dengan rangkaian restoran utama, pusat makanan dan beberapa rangkaian penjaja utama untuk cuba meyakinkan mereka mengubah menu dan resipi. Dengan mendekati dan meyakinkan mereka, kami berharap dapat menggerakkan pasaran," katanya.



Sebelum ini, HPB berjaya menggalak restoran dan kedai makan menukar kepada minyak lebih sihat.



Encik Zee berkata mungkin lebih sukar meyakinkan restoran dan pusat makanan menggunakan makanan bijirin penuh dalam resipi dan masakan kerana rasanya mungkin berlainan.



Namun, beliau berkata sokongan akan diberi kepada mereka yang ingin menukar resipi dan menggunakan bijirin penuh dalam masakan.



"Kami faham bahawa, contohnya di restoran, cef mungkin agak konservatif daripada segi memperkenal resipi baru atau mungkin tiada masa memikirkan resipi baru.



"Justeru, kami akan bekerjasama dengan rakan industri restoran dan makanan dan minuman (F&B) untuk melihat bagaimana kami boleh memberi sokongan kewangan bagi usaha resipi baru.



"Ini supaya mereka boleh memikirkan bagaimana makanan bijirin penuh boleh digunakan dalam masakan baru yang sama sedap," katanya.



Dalam pada itu, HPB memberi pendanaan sebanyak $5 juta kepada 10 pengilang makanan di bawah Skim Pembangunan Ramuan Sihat (Hids).



Mereka menyasar memberi pendanaan sebanyak $20 juta menjelang 2020.



Hids diperkenal Julai lalu dalam usaha mempercepat inovasi makanan dan membina keupayaan dalam kalangan pengilang makanan Singapura serta mempertingkat kesedaran tentang produk lebih sihat.



Antara pengilang makanan yang menerima pendanaan itu ialah Leong Guan Food Manufacturer, yang menawarkan lima jenis mi bijirin penuh.



Semalam, media berpeluang mengunjungi syarikat tersebut untuk menyaksikan cara mi bijirin penuh dihasilkan.



Pengarah Urusan Leong Guan Food Manufacturer, Encik Lim Hock Chai, berkata dana yang diterima itu bukan hanya dapat membantu syarikatnya menghasilkan produk mi yang lebih sihat, malah membolehkan mereka membuat kerja pemasaran demi menggalak restoran dan pusat makanan memilih makanan bijirin penuh.



"Saya rasa penting bagi kami mempertingkat kesedaran tentang pemakanan sihat dan mengubah tanggapan dalam kalangan pegerai pusat makanan dan restoran memilih makanan bijirin penuh," kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >