HPB mahu ligatkan kempen didik susu bayi
Langkah bagi elak ibu bapa jadi bingung
Jun 12, 2017 | 05:30 AM
KEMPEN pendidikan mengenai susu bayi perlu dilaksana segera supaya ibu bapa tidak bingung dengan mesej yang ada potensi bercanggah.
Demikian dinyatakan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian mengenai langkah memulakan kempen sepanjang lima tahun yang dioraknya menyusuli harga susu tepung bayi yang melonjak kebelakangan ini dan turut dibentangkan di Parlimen.