Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: 11 permohonan diluluskan untuk import vaksin Sinopharm

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan 11 permohonan hospital dan klinik swasta untuk mengimport vaksin Sinopharm dari China melalui rangka kerja Laluan Akses Khas (SAR).



Ini bermakna risiko penggunaan vaksin itu "ditanggung sepenuhnya oleh doktor dan penerima vaksin," kata jurucakap HSA.



Akhbar The Straits Times melaporkan Rabu lalu bahawa beberapa syarikat penjagaan kesihatan termasuk Raffles Medical Group dan IHH Healthcare - penyedia penjagaan kesihatan terbesar di sini - telah mengambil langkah-langkah untuk mendapatkan vaksin itu.



Rancangan mereka adalah untuk memberikan vaksin Sinopharm itu kepada pihak awam mulai Ogos ini.



Ini akan menjadi vaksin Covid-19 itu yang keempat ditawarkan di Singapura.



Rangka kerja SAR membolehkan kumpulan jagaan kesihatan swasta membawa masuk vaksin Covid-19 dalam senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan (WHO).



Namun, setiap penyedia khidmat itu hanya boleh membawa masuk bekalan vaksin selama tiga bulan sahaja, dengan had 5,000 dos sebulan.



Mereka juga harus melaporkan sebarang reaksi teruk kepada HSA dalam masa 15 hari.



Berbeza daripada vaksin yang diberikan di bawah rangka kerja Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) seperti vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna - yang disenaraikan dalam program vaksinasi nasional - pengguna vaksin di bawah SAR tidak diberikan subsidi pemerintah.



Mereka juga tidak dilindungi Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin, yang memberi sokongan kepada orang yang mengalami kesan teruk akibat suntikan vaksin Covid-19.



Vaksin Sinovac, satu lagi vaksin dari China, juga di bawah rangka kerja SAR.



Sehingga Rabu lalu, Singapura telah memberi dos vaksin kepada 4.28 juta orang.



Seramai 3.21 juta orang telah menerima vaksin sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >