Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: 4 reaksi buruk dalam kalangan penerima vaksin Novavax Covid-19, tetapi tidak serius

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT empat kes reaksi buruk daripada 2,792 dos vaksin Novavax Covid-19 yang dilaksanakan di Singapura sehingga 31 Mei, tetapi ia tidak serius, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Mereka mengalami ruam, sakit dada, pening dan radang pada pembuluh darah, atau vaskulitis, kata HSA semalam.



"Ini konsisten secara meluas dengan apa yang dilaporkan daripada kajian perubatan dan merupakan kesan buruk berkaitan dengan vaksin itu," tambahnya.



Pihak penguasa itu berkata tiada daripada empat kes itu perlu dirawat di hospital.



Vaksin itu diperkenal di Singapura pada 18 Mei lalu.



HSA berkata ia sedang memantau dengan teliti kadar kejadian miokarditis, atau radang otot jantung, dan perikarditis, atau radang lapisan luar jantung, memandangkan terdapat bilangan kecil laporan sedemikian dilaporkan daripada percubaan perubatan yang sedang berlangsung sejauh ini.



Tiada laporan miokarditis dilaporkan sejauh ini dengan vaksin Novavax, tambahnya.



HSA berkata daripada laporan yang diterbitkan, ia menunjukkan jangkitan Covid-19 juga didapati mempunyai kaitan dengan miokarditis dengan 40 kejadian tambahan miokarditis bagi setiap sejuta orang dilaporkan dalam kalangan mereka yang dijangkiti virus itu.



Justeru, kemungkinan risiko miokarditis menyusuli suntikan vaksin Novavax tidak boleh dikecualikan meski manfaat divaksinasi melebihi risiko melakukan demikian.



Sebagai langkah perlindungan, mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin Nuvaxovid perlu mengelakkan diri daripada melakukan kegiatan fizikal berat atau senaman selama dua minggu selepas disuntik bagi mengurangkan risiko mengalami miokarditis.



Ini termasuk berlari, angkat berat, sukan bersifat bersaing dan permainan melibatkan bola.



Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 telah menyarankan agar individu berusia 18 tahun ke atas menerima vaksin Nuvaxovid bagi siri asas atau vaksin penggalak, meski vaksin mRNA kekal menjadi vaksin yang lebih digemari kerana tahap keberkesanan lebih tinggi dan respons imun lebih kukuh.



Mereka yang tidak layak secara perubatan untuk menerima vaksin mRNA harus menimbangkan vaksin Nuvaxovid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >