Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: Awas tiga produk kesihatan bawa kesan buruk

Mar 24, 2020 | 10:26 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan tiga produk kesihatan yang mendatangkan risiko kesihatan serius.



Tiga produk itu -  ‘Kopi Jantan Ali Macca’,  ‘Kopi Panggung AL-Ambiak Natural Herbs Coffee’, dan ‘Berry Jaga Chewable’ mempunyai bahan perubatan kuat yang digunakan untuk merawat masalah erektil, menurut satu kenyataan HSA pada Selasa (24 Mac).



‘Kopi Jantan Ali Macca’ dan ‘Kopi Panggung AL-Ambiak Natural Herbs Coffee’ didapati dijual di kedai kopi Shaik Abdul Kader Al-Jailani Makan Place di Bedok North Street 3.



Ujian HSA mendapati ‘Kopi Jantan Ali Macca’ mengandungi sildenafil, sementara ‘Kopi Panggung AL-Ambiak Cafe Natural Herbs Coffee’ mengandungi desmethyl carbodenafil.



‘Berry Jaga Chewable Candy’ pula dijual di laman Berry Jaga Marketing dan wadah e-dagang setempat, dan didapati mengandungi 10 kali jumlah harian tadalafil yang diberikan bagi penyakit erektil.



Penggunaan ubat sildenafil dan tadalafil mendatangkan risiko kesan sampingan seperti strok, serangan jantung dan tekanan darah rendah, kata HSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >