Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA batalkan, gantung lesen 6 peruncit kerana jual tembakau pada pembeli bawah umur

Jul 05, 2016 | 12:37 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah membatalkan atau mengantung lesen runcit tembakau enam peruncit tidak bertanggungjawab kerana menjual produk tembakau kepada remaja bawah 18 tahun.



Mereka ditangkap melalui pengawasan di lapangan dan tindakan penguatkuasaan, kata HSA dalam satu kenyataan media pada Selasa (5 Julai).



Lesen Song Hui Kiosk di Ang Mo Kio dibatalkan dan ia tidak lagi dibenarkan menjual produk tembakau, selepas didapati menjualnya kepada seorang pelajar berusia 14 tahun yang memakai uniform sekolah.



Lima peruncit lain - Shivaranjani Minimart, 26 Foodloft, Al Kaaba Mini-Mart, Sin Hup Lee Store, dan O A Jalil - menjual produk tembakau kepada kanak-kanak bagi kali pertama.



Mereka akan dilarang menjual produk tembakau selama enam bulan.



HSA berkata sejak 2013, ia telah menggantung 32 lesen runcit tembakau dan membatalkan 22.



Ia mengingatkan pemegang lesen runcit tembakau bahawa mereka bertanggungjawab bagi semua transaksi produk tembakau di kedai mereka, serta tindakan pekerja mereka.



Sesiapa yang didapati menjual produk tembakau kepada remaja berumur 18 tahun ke bawah boleh dikenakan denda hingga $5,000 bagi kesalahan pertama, dan hingga $10,000 bagi kesalahan berikutnya.



Di samping itu, lesen runcit tembakau akan digantung enam bulan bagi kesalahan pertama, dan dibatalkan bagi yang kedua.



Bagi kedai yang didapati menjual produk tembakau kepada kanak-kanak dalam uniform sekolah atau di bawah 12 tahun, lesen mereka dibatalkan pada kesalahan pertama.



Orang ramai boleh pergi ke laman HSA bagi senarai terkini peruncit tembakau yang lesennya digantung atau dibatalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >