Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran 'gula-gula' yang kandungi ubat mati pucuk

Oct 09, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) menggesa orang ramai untuk tidak membeli atau memakan tiga produk yang dijual dalam talian, dua daripadanya dipasarkan sebagai gula-gula perangsang seks tetapi mengandungi bahan ubat kuat.



Dua produk itu ialah 'Miracle Gold Candy' dan 'C4 Candy' yang mengandungi tadalafil - ubat mati pucuk; manakala produk ketiga ialah 'Coco Hotz Cocoa Drink' yang mengandungi 'dexamethasone' - steroid yang kuat.



Tiga produk itu dijual di platform e-dagang, seperti Carousell, Lazada, Shopee dan Qoo10, dan platform media sosial Facebook dan Instagram.



HSA berkata semalam bahawa ia telah bekerjasama dengan pengendali wadah itu untuk memadam pemasaran produk berkenaan dan mengeluarkan amaran kepada penjual.



Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah memaklumkan HSA tentang 'Miracle Gold Candy' setelah mengesan import produk tersebut.



HSA dimaklumkan tentang 'C4 Candy' pula oleh orang awam yang curiga terhadap produk tersebut.



Label produk tersebut memaparkan dakwaan berlebihan yang tidak sepatutnya bagi produk gula-gula, seperti "meningkatkan kekuatan dan kesihatan lelaki" untuk 'Miracle Gold Candy', dan "mencegah ejakulasi awal" dan "menolong mereka yang mengalami gout, kencing manis dan tekanan darah tinggi" untuk 'C4 Candy'.



Kedua-dua produk tersebut diuji oleh HSA dan didapati mengandungi tadalafil, ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat penyakit mati pucuk.



Khususnya, 'Miracle Gold Candy' ini mengandungi lebih 30 kali dos biasa tadalafil untuk pemakanan dalam satu hari.



Ini dapat meningkatkan dengan ketara risiko strok dan serangan jantung, kata HSA.



Produk ketiga, 'Coco Hotz Cocoa Drink', didapati mengemukakan dakwaan pelangsingan seperti "membakar lemak dengan cepat" dan "mengawal selera makan".



Produk ini juga diuji oleh HSA dan didapati mengandungi dexamethasone, steroid yang kuat.



Penggunaan jangka panjang steroid yang tidak diawasi boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk peningkatan kadar gula dalam darah, yang boleh menyebabkan kencing manis, dan sindrom Cushing - penampilan wajah bulat atau "wajah bulan" - dan obesiti badan bahagian atas dengan kaki dan tangan yang kurus, dan keadaan perubatan lain yang berkaitan seperti hipertensi, kata HSA.



Penguasa itu juga menasihatkan pengguna untuk berhenti mengambil ,'C4 Candy', dan 'Miracle Gold Candy', dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya mereka berasa tidak sihat atau prihatin terhadap kesihatan mereka.



Ia juga menggesa pengguna untuk berjumpa doktor secepat mungkin jika mereka telah minum 'Coco Hotz Cocoa Drink' kerana mengandungi steroid yang kuat.



Penghentian steroid tanpa pengawasan perubatan yang betul boleh menyebabkan gejala penarikan yang serius seperti keletihan, kekeliruan dan tekanan darah rendah, kata HSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >