Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran jangan minum 'Prime Kopi Pejuang 3 in 1'

May 27, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai digesa supaya tidak membeli atau memakan produk 'Prime Kopi Pejuang 3 in 1' yang dipasarkan dalam talian sebagai produk semula jadi "mengandungi bahan herba bermutu tinggi" untuk merangsangkan daya seksual kaum Adam, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam.



Seorang pengguna produk itu telah dirawat di jabatan kecemasan hospital selepas beliau mengalami kesan teruk seperti kesakitan dan kesejukan di tubuh badannya, pening kepala, dan ketegangan di rahang bawah mulutnya.



Manakala seorang lagi menghadapi priapisme, iaitu keadaan mengalami ereksi buat tempoh berlebihan sepanjang sekitar empat jam selepas memakan produk tersebut.



'Prime Kopi Pejuang 3 in 1' didapati dijual di platform perdagangan dalam talian seperti Shopee, Lazada, Qoo10 dan Carousell serta platform media sosial Facebook.



HSA berkata selepas menerima maklum balas berkaitan dua kes kesan teruk itu, ia telah membuat pemeriksaan kepada produk itu.



Penguasa itu mendedahkan ia mendapati produk itu sebenarnya bukan mengandungi bahan semula jadi sebagaimana yang diiklankan.



Sebaliknya ia mengandungi kepekatan tinggi bahan sintetik tadalafil yang tidak disenaraikan.



"Tadalafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mati pucuk dan ia hanya boleh didapati menerusi preskripsi di bawah penyeliaan perubatan," kata HSA dalam kenyataannya.



HSA berkata, mereka yang memakan produk itu menurut cara penggunaannya yang tertera di paketnya, iaitu satu paket sehari, bakal menerima dos berlebihan melangkaui 10 kali dos yang ditetapkan bagi penggunaan tadalafil.



"Penggunaan tadalafil dengan tidak sesuai itu boleh meningkatkan risiko mengalami kesan teruk yang serius seperti serangan penyakit jantung, strok, keadaan jantung berdebar-debar dan dentuman jantung yang tidak tersusun, serta priapisme," kata HSA.



Tadalafil juga boleh menyebabkan risiko kesihatan serius kepada individu tertentu, termasuk mereka yang menghidap gejala berkait masalah jantung, tambah HSA.



Pada masa yang sama, HSA berkata produk itu boleh menyebabkan risiko yang boleh mengancam nyawa kepada mereka yang menghidapi tekanan darah tinggi dan yang sedang mengambil ubat jantung, terutamanya ubat yang mengandungi nitrat.



"Berhenti memakan 'Prime Kopi Pejuang 3 in 1' dengan serta merta dan sila mendapatkan rawatan oleh doktor jika anda rasa kurang sihat atau prihatin terhadap kesihatan anda," nasihat HSA.



Produk seperti demikian "boleh mengandungi bahan perubatan kuat yang tidak dirasmikan dan boleh merosakkan kesihatan anda dengan ketara," tegas HSA lagi.



HSA berkata ia telah bekerjasama dengan pengendali platform dalam talian untuk mengeluarkan iklan penjualan produk itu dan memberi amaran kepada penjual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >