Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran tentang 3 produk kesihatan kandungi ubat terlarang

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli atau mengambil tiga produk kesihatan.



Tiga produk itu ialah 'Magic Mocha', 'Thao Moc Ho Tro Giam Beo Cenly' dan Serbuk Kopi Segera 'Cynthia Beauty EazyS'.



Produk itu didapati mengandungi bahan terlarang sibutramine, yang boleh menyebabkan kemudaratan yang serius, kata HSA semalam.



Agensi itu juga telah menerima tiga laporan daripada pengguna yang mengalami gejala seperti debaran, loya, dahaga yang melampau, migrain dan pening selepas mengambil produk tersebut.



Pengambilan berterusan produk ini boleh membawa kepada akibat kesihatan yang serius seperti masalah jantung dan gangguan sistem saraf pusat, tambah HSA.



Ketiga-tiga produk itu dijual di Carousell, Lazada, Shopee, Qoo10, Facebook dan Instagram, dan dipasarkan dengan dakwaan bahawa mereka "bertindak pantas" dan "membakar lemak", serta boleh "mengurangkan simpanan lemak" dan "mempercepatkan pemecahan lemak degil", antara lain.



HSA berkata ia telah mengeluarkan amaran kepada penjual, dan penyenaraian produk telah dikeluarkan dari platform dalam talian.



Sibutramine ialah ubat preskripsi penurunan berat badan yang telah dilarang di Singapura sejak 2010 kerana ia meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.



Pada 2019, seorang wanita yang mengambil ubat tersebut mengalami degupan jantung yang sangat laju dan jatuh pengsan.



Dia telah disedarkan semula dan dipasang dengan defibrilator untuk membantu fungsi jantungnya.



HSA berkata pengguna harus berhenti mengambil ketiga-tiga produk itu serta-merta dan berjumpa doktor jika mereka berasa tidak sihat atau bimbang tentang kesihatan mereka.



Mereka juga harus berhati-hati dengan produk yang membuat dakwaan yang berlebihan atau memberikan kesan cepat yang tidak dijangka, dan berhati-hati apabila membeli barangan tersebut dalam talian atau daripada rakan.



"Tiada cara cepat dan mudah untuk menurunkan berat badan," kata agensi itu sambil menambah bahawa kawalan berat badan harus dicapai melalui gabungan diet seimbang dan senaman yang sesuai.



HSA juga berkata mereka yang menjual produk mesti menghentikannya dengan segera, kerana tindakan menjual atau membekalkan produk kesihatan yang mengandungi bahan terlarang adalah salah di sisi undang-undang.



Sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda sehingga $10,000, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >