Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

HSA beri amaran tiga produk pelangsing kandungi bahan kuat, bahan terlarang

Nov 29, 2019 | 02:31 PM

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan tiga produk yang didapati mengandungi bahan kuat termasuk bahan terlarang, sibutramine.

Tiga produk itu ialah 'Milan LATTE', 'CHOCO LOSE FOR FITNESS' dan 'VALENTUS SlimROAST OPTIMUM Dark Roast Coffee'.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (Jumaat, 29 Nov), HSA berkata ia dimaklumkan tentang penjualan 'Milan LATTE', 'CHOCO LOSE FOR FITNESS' dan 'VALENTUS SlimROAST OPTIMUM Dark Roast Coffee' oleh orang awam.

Mereka yang telah menggunakan produk tersebut melaporkan mengalami kesan buruk setelah menggunakannya.

Salah seorang daripada mereka mengalami kesukaran bernafas dan jantung berdebar-debar setelah menggunakan 'CHOCO LOSE FOR FITNESS' sementara seorang lagi yang meminum 'VALENTUS SlimROAST OPTIMUM Dark Roast Coffee' mengadu rasa pening dan pitam.

'CHOCO LOSE FOR FITNESS' dan 'Milan LATTE' mengandungi bahan terlarang sibutramine sementara 'VALENTUS SlimROAST OPTIMUM Dark Roast Coffee' mengandungi phenethylamine.

Phenethylamine merupakan bahan kuat yang mempunyai kesan stimulasi pada otak dan berpotensi menjadikan seseorang ketagih.

Ia juga boleh menyebabkan degupan jantung yang cepat, keadaan psikiatri seperti halusinasi dan gangguan, serta kegagalan hati dan ginjal. Ia juga boleh mengakibatkan kematian.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian