Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran usah makan 2 produk kesihatan berisi bahan manjur terlarang

Oct 19, 2016 | 02:38 PM



ORANG ramai dinasihat jangan membeli dua produk kesihatan yang dijual di sini yang didapati mengandungi beberapa bahan manjur terlarang yang tidak diisytihar.



Seorang lelaki berusia 60-an tahun yang memakan produk itu mengalami kesan buruk, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu (19 Okt).



Beliau mula mengambil produk Longred Oyster-x itu, yang didakwa mengandungi serbuk tiram untuk meningkatkan peredaran dan meningkatkan kesihatan, bagi mencegah masalah prostat.



Produk kedua, LifeSparks 100% Natural Pain Relief Supplement, kononnya mengandungi gabungan makanan tambahan pelega kesakitan semula jadi dan digunakan untuk merawat sakit kaki dan gout beliau.



Walaupun sakit lelaki tersebut lega dalam masa sehari selepas mengambil kedua-dua produk, beliau mengalami sakit perut teruk dan bengkak muka selepas seminggu.



Kedua-dua produk itu diedar oleh Paul Harrison International Pte Ltd dan dijual secara langsung kepada pengguna dari pejabat syarikat itu di Ubi.



Ia telah berhenti menjual produk itu selepas siasatan dan arahan HSA.



Sebatian kimia dalam Longred Oyster-x didapati ada kaitan dengan sildenafil, ubat mujarab yang diberi hanya melalui preskripsi bagi merawat mati pucuk. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, tekanan darah rendah dan kejadian kardiovaskular lain, seperti strok.



Sejenis steroid kuat yang dipanggil dexamethasone pula ditemui pada LifeSparks 100% Natural Pain Relief Supplement. Ia biasanya diberi bagi masalah radang dan hanya boleh digunakan di bawah penyeliaan perubatan ketat.



HSA berkata penggunaan tanpa pengawasan jangka panjang steroid oral boleh menyebabkan peningkatan paras glukosa darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom Cushing.



Orang ramai yang telah membeli dan memakan Longred Oyster-x harus menghentikannya.



Bagi LifeSparks, HSA berkata mereka tidak harus menghentikannya dengan segera kerana pemberhentian tiba-tiba steroid boleh menyebabkan gejala serius seperti lemah, keletihan dan tekanan darah rendah, HSA amaran.



Mereka yang ingin menghubungi Paul Harrison International bagi maklumat lanjut atau sembarang pertanyaan mengenai memulangkan produk itu boleh menghubungi 6635-8684.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >