Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: Bilangan kes e-rokok naik lebih 200% sejak 2019

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN kes rokok elektronik (e-rokok) atau 'vaporiser' yang ditangani Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah meningkat dengan ketara dari 1,565 kes pada 2017 kepada 7,593 tahun lalu, kata seorang jurucakap HSA.



Selain itu, bilangan kes tahun lalu juga meningkat lebih 200 peratus sejak 2019, ketika itu hanya ada 2,477 kes.



Tahun lalu, 4,697 orang ditahan atas sebab penggunaan dan memiliki e-rokok, meningkat dari 1,266 pada 2020. Seramai 1,212 orang ditahan tahun ini pada Mac lalu.



Hampir 12,300 e-rokok, sekitar 4,500 e-cecair dan kira-kira 175,000 pod dan komponen, yang semuanya mempunyai nilai jalanan lebih $1.85 juta telah dimusnahkan tahun lalu.



Kesemua komponen itu akan dibawa ke Loji Pembakaran Sampah Tuas South untuk dimusnahkan.



Kira-kira 6,500 e-rokok, 83,500 pod dan 8,000 e-cecair, yang dirampas daripada kes-kes yang sudah selesai sejak pertengahan 2021, telah dimusnahkan. Barangan itu mempunyai berat sekitar 1,620kg dan mempunyai anggaran nilai jalan $1.55 juta, lapor akhbar The Straits Times.



Jurucakap HSA berkata e-rokok dan komponen berkaitannya dirampas untuk siasatan dan dimusnahkan sebaik sahaja kes selesai.



Penjualan dan penggunaan e-rokok dilarang di Singapura pada 1 Februari 2018.



Sesiapa yang ditangkap menggunakannya atau memiliki produk-produk itu di Singapura boleh didenda hingga $2,000.



HSA berkata mereka bekerja rapat dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mengesan produk terlarang itu di pusat pemeriksaan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang membeli atau menjual produk tersebut dalam talian.



"Singapura menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk membendung import dan penjualan e-rokok dan komponen berkaitan yang diharamkan di Singapura, termasuk pendidikan awam, kaunseling dan penguatkuasaan," tambah jurucakap itu.



Memandangkan penjual yang import barangan itu kini mula tukar taktik untuk mengelak pengesanan produk seperti menyembunyikannya dalam lekapan lampu, HSA berkata ia telah meningkatkan langkah kewaspadaan dan penguatkuasaannya.



Jurucakap HSA berkata:



"Kami memantau laman jualan dalam talian yang disyaki menjual produk terlarang dan peralatan yang berkaitan."



Beliau menambah bahawa agensinya bekerja dengan laman e-dagang seperti Facebook dan Carousell, untuk menutup dan menghentikan senarai penjualan di wadah sedemikian. Lebih 6,800 penjualan dalam talian dihentikan tahun lalu.



Dalam satu kes baru-baru ini pada Februari, HSA telah merampas e-rokok dan peralatan berkaitan bernilai sekitar $700,000 dari sebuah unit perumahan di Upper Bukit Timah. Tiga lelaki dalam lingkungan 30-an ditahan untuk membantu dalam siasatan.



Penasihat kesihatan pelajar Cik Jolyn Koh, 30 tahun, yang memberi kaunseling kepada pelajar sekolah menengah dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berkaitan ketagihan hisap rokok dan e-rokok, berkata terdapat salah tanggapan yang berbahaya bahawa e-rokok adalah alternatif yang lebih sihat kepada rokok.



"Vape dan merokok boleh merosakkan kerana mengandungi nikotin.



"Vaping boleh menjadi lebih popular pada masa depan apabila lebih ramai anak muda berjaya mendapatkannya dalam talian.



"Produk nikotin seperti vape tidak memerlukan kempen pemasaran atau promosi. Penggunanya akan mempengaruhi penggunaannya kepada kalangan rakan mereka," kata Cik Koh.



Dr Koong Heng Nung, pengarah dan pengasas Tobacco Free Generation International, berkata adalah sukar untuk mengekang pengguna e-rokok walaupun diharamkan.



"Sebaliknya, kita perlu mendidik belia bahawa punca utama isu ini ialah industri tembakau sendiri. Industri itu telah memasarkan produknya supaya selamat, dan itu adalah naratif palsu," tambahnya.




 "Singapura menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk embendung import dan penjualan e-rokok dan komponen berkaitan yang diharamkan di Singapura, termasuk pendidikan awam, kaunseling dan penguatkuasaan."
- Jurucakap Penguasa Sains Kesihatan (HSA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >