Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA dakwa 13 jual 'vaporiser' elektronik, komponen secara dalam talian

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah mendakwa 13 orang kerana menjual vaporiser elektronik (e-vaporiser) dan komponen berkaitan dengannya secara dalam talian di Singapura.



Mereka telah disabitkan kesalahan di mahkamah antara Mac 2021 dengan Jun 2021, dengan keseluruhan denda yang dikenakan berjumlah $164,500.



Dalam kenyataannya semalam, HSA berkata 13 individu itu berusia antara 20 dengan 40 tahun.



Mereka telah membeli e-vaporiser dan bahagian berkaitannya daripada pembekal di luar negara dan menjualnya secara haram di beberapa laman media sosial dan platform e-dagang.



"HSA menjalankan pengawasan aktif di platform-platform ini dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang membeli atau menjual produk-produk sedemikian di dalam talian," tegas penguasa tersebut.



HSA menambah bahawa e-vaporiser dan bahagian berkaitannya yang bernilai lebih $20,000 telah dirampas.



Antara yang didapati bersalah ialah Goh Yew Teck, 40 tahun, yang didenda $13,000 pada 14 Mei lalu kerana mengimport, mengiklankan dan menjual e-vaporiser, bahagian berkaitannya dan e-cecair yang mengandungi nikotin.



Dia didapati bersalah di bawah Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Jualan).



Selain itu, Goh juga didapati menjual ubat-ubatan tidak berdaftar seperti ubat batuk dan pil tidur.



Dia membeli dan membawa masuk ubat-ubatan itu secara haram dari luar negara dan menjualnya di Carousell serta WhatsApp.



Atas kesalahan menjual produk kesihatan secara haram di bawah Akta Produk Kesihatan, dia dihukum penjara 13 minggu.



Seorang lagi, Tan Qin Woon, 29 tahun, ditangkap membawa masuk 1,164 e-vaporiser dan bahagian berkaitan bersama rakan-rakannya di Pusat Pemeriksaan Woodlands.



Siasatan lanjut mendedahkan bahawa Tan dan rakan-rakannya juga terlibat dalam penjualan barang-barang terlarang itu.



Dia didenda $5,000 pada 10 Mac lalu.



Tan juga dijatuhkan hukuman penjara 33 bulan atas kesalahannya di bawah Akta Kastam, Akta Penyalahgunaan Dadah dan Akta Lalu Lintas Jalan Raya.



Kesalahan rakan-rakannya yang terlibat masih dibicarakan.



Pesalah-pesalah lain termasuk Yap Poh Lee; Kokulananthan S/O Mohan; Zulfadli Zanal, Muhammad Amirul Mohd Ja'afar; Muhammad Raihan Mohd Rosli; Ke Yongyi, Mark; Ng Chuan En Eugene; Cha Teng Chian; Ho Kam Chuen; Ong Yong He dan Aloysius Chua Kai Jun.



Dalam pada itu, HSA mengingatkan orang ramai bahawa menjual, memiliki dengan tujuan menjual, mengimport atau mengedarkannya e-vaporiser serta bahagian berkaitannya adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Jualan).



Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama.



Pesalah berulang boleh didenda sehingga $20,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >