Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA hentikan penjualan ubat herba kurus badan kerana mengandungi bahan terlarang

Mar 06, 2017 | 11:19 AM



DUA produk yang dipasarkan sebagai ubat herba mengurangkan berat badan mengandungi bahan terlarang, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) Isnin (6 Mac).



Ia memberi amaran kepada pengguna supaya berhenti mengambil Anyang Herbal Blue dan Anyang Herbal Red yang mengandungi sibutramin yang dilarang.



Seorang wanita berusia lewat 20-an tahun mengadu debaran jantung, loya, menggeletar tangan dan kaki, berpeluh, insomnia dan ilusi selepas mengambil Anyang Herbal Blue, katanya.



Berdasarkan arahan dos dilabel kedua-dua produk, pengguna memakan lapan kali jumlah maksimum sibutramine yang dibenarkan setiap hari.



"Tahap bahaya tinggi ini ... akan mendedahkan pengguna pada kesan buruk yang serius," kata HSA.



Pada masa lalu, beberapa pengguna telah melaporkan mengalami halusinasi, mendengar suara dan sesak nafas selepas memakan produk yang mengandungi sibutramine tahap tinggi.



Di samping itu, Anyang Herbal Red diuji mengandungi ubat-ubatan barat yang bahaya yang tidak diisytiharkan: ubat penahan sakit diclofenac dan fenoftalein.



Pil itu dijual dalam talian dan melalui jualan langsung oleh Jessie Kosmetik. HSA telah menghentikan jualan produk dan penjual sedang membantu siasatan.



HSA menasihatkan orang ramai supaya berjumpa doktor jika mereka tidak sihat atau jika mereka prihatin tentang kesihatan mereka, dan memberi amaran kepada penjual lain supaya menghentikan jualan serta-merta.



Sibutramine sebelumnya dijual sebagai ubat menurunkan berat. Ia ditarik balik dari Singapura sejak 2010 kerana lebih terdedah pada risiko serangan jantung dan strok.



Kemungkinan kesan buruk serius lain termasuk tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak tratur, halusinasi dan perubahan mood.



Sesiapa yang disabit keselahan membekalkan produk kesihatan haram boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun dan/atau denda sehingga $100,000.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan dan pembekalan apa-apa produk yang menyalahi undang-undang boleh menghubungi 6866-3485 pada waktu pejabat atau e-mel ke: hsa_is@hsa.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >