Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA keluar amaran bagi 4 produk selepas pengguna sakit teruk

Jun 03, 2019 | 11:00 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA), pada Isnin (3 Jun), memberi amaran kepada pihak awam supaya tidak membeli atau makan empat produk yang telah menyebabkan pengguna sakit teruk, termasuk seorang wanita yang kini mengalami masalah jantung.



Empat produk itu adalah BB Body, Bello Smaze, Choco Fit dan Seahorse Chop Du Zhong Ba Ji Wan.



Ia juga menasihatkan supaya pihak yang menggunakan BB Body, Bello Smaze, Choco Fit  untuk menghentikan amalan itu dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berasa kurang sihat.



Pengguna Seahorse Chop Du Zhong Ba Ji Wan pula dinasihatkan supaya bertemu doktor dengan serta-merta kerana ia mengandungi dadah steroid yang boleh menyebabkan masalah sampingan seperti tekanan darah rendah jika seseorang berhenti mengambilnya selepas berbuat demikian selama beberapa minggu.



Menurut HSA, ia telah menjalankan pemeriksaan ke atas produk-produk itu dan mendapati BB Body, Bello Smaze, Choco Fit mengandungi sibutramine, sejenis dadah yang dilarang HSA pada 2010 kerana menambah risiko serangan jantung dan strok.



Produk-produk itu telah dipasarkan sebagai produk melangsingkan badan dan dijual di dalam talian, termasuk menerusi Instagram dan Facebook. Menurut HSA, ia telah mengarahkan pentadbir wadah dalam talian setempat yang terlibat untuk mengeluarkan produk itu daripada senarai jualan mereka.



Produk Seahorse Chop Du Zhong Ba Ji Wan pula didapati mengandungi dexamethasone, sejenis dadah steroid yang menyebabkan seorang pengguna lelaki berusia 40-an tahun mengalami sindrom Cushing, sejenis penyakit gelenjar.



Lelaki itu telah membeli produk itu dari kedai menjual ubat di Johor Bahru dan mengambilnya untuk merawat penyakit arthritis. Produk itu, yang turut mengandungai chlorophenramine - sejenis dadah yang merawat alahan - menyebabkan kulit lelaki itu menipis dan mudah lebam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >