Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

HSA keluar amaran mengenai 18 produk kosmetik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

HSA keluar amaran mengenai 18 produk kosmetik

Apr 20, 2018 | 03:27 PM

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah mengeluarkan amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan 18 produk kosmetik yang mengandungi bahan yang tidak diisytiharkan, termasuk jumlah raksa (mercury) yang banyak.

Menerusi satu kenyataan hari ini (20 April), HSA berkata tahap raksa dalam beberapa produk itu adalah 27,000 kali lebih tinggi daripada tahap yang dibenarkan.

Bahan lain yang ditemui dalam produk itu termasuk hydroquinone dan tretinoin, yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

Senarai produk dalam kenyataan HSA itu termasuk krim malam, rawatan anti jerawat, krim pemutih dan toner muka.

HSA berkata mereka telah mengarahkan agar produk yang terjejas itu dipanggil balik dari kedai yang menjualnya.

Sementara itu, pentadbir wadah dalam talian yang memasarkan produk itu turut diarah mengeluarkannya daripada senarai mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3