PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli atau berhenti menggunakan tiga produk kesihatan yang didapati mengandungi bahan yang boleh membahayakan penggunanya.
Tiga produk itu ialah 'Herba Saraf'; set kosmetik 'Wonderglow Whitening Specialist Super Ultra Glowing Cream' yang mengandungi krim siang, krim malam dan sabun buku; dan set kosmetik 'Tati Skin Care 5 in 1'.