Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

HSA keluar amaran tentang dua produk kesihatan

Setempat
27
0

HSA keluar amaran tentang dua produk kesihatan

Jan 22, 2018 | 06:05 PM

PENGUASA pengawalan bagi produk kesihatan telah mengeluarkan amaran kepada penjual agar tidak memasarkan dua produk kesihatan kepada pelanggan mereka.

Produk ini didapati mempunyai bahan yang tidak diisytiharkan yang telah menyebabkan dua wanita mengalami kesan buruk selepas menggunakannya.

Seorang pengguna mengalami keadaan yang disebabkan oleh penggunaan steroid yang berpanjangan dan mempunyai komplikasi seperti radang paru-paru yang memerlukan rawatan rapi.

Yang seorang lagi mengalami kesan kulit terbakar di muka akibat bahan kimia dan perlu merujuk kepada pakar kulit, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua produk itu yang dilarang itu adalah: URE Tonic Herbal Tradisional, yang dijual oleh pengamal tradisional di Malaysia; dan botol coklat yang tidak dilabelkan mengandungi larutan untuk wajah yang dijual di sebuah salon kecantikan di pusat beli-belah Dhoby Xchange di Dhoby Ghaut.

Ujian oleh HSA mendapati ramuan perubatan barat yang tidak diisytiharkan terdapat dalam produk: dexamethasone dalam produk tonik, dan hydroquinone dan tretinoin dalam cairan untuk wajah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3