Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA keluarkan amaran tentang 2 produk rawat mati pucuk

Feb 26, 2019 | 02:49 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan amaran hari ini (26 Feb) bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memakan dua produk tidak selamat - Hickel dan Solomon Island Soloco Traditional Candy (Soloco).



HSA dalam satu kenyataan berkata paras tadalafil yang tinggi dikesan dalam produk-produk itu.



Tadalafil ialah bahan perubatan kuat tidak diisytiharkan yang digunakan dalam rawatan mati pucuk.



Penggunaan tadalafil yang tidak sesuai tanpa pemantauan perubatan akan meletakkan pengguna pada risiko lebih tinggi mengalami kesan buruk yang serius seperti tekanan darah rendah, angin ahmar, serangan jantung atau 'priapism' iaitu ereksi yang menyakitkan dan terlampau lama.



HSA berkata semua penjual dan pembekal mesti berhenti menjual dua produk itu serta merta.



Ia juga menasihatkan pengguna supaya berhenti memakan produk-produk itu.



Siasatan mendapati kedua-dua produk dijual di beberapa wadah media sosial dan e-dagang setempat.



Kedua-dua produk diiklankan di dalam talian sebagai "100% semula jadi" dan "formula tumbuhan asli" dengan "tiada kesan sampingan", kata HSA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >