TERDAPAT tujuh kes kecederaan hati dilaporkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini yang disyaki berkait dengan benih mahogani atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai buah tunjuk langit
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata ia telah menerima laporan dalam tempoh tiga tahun lalu apabila pesakit mengalami kecederaan hati, termasuk fungsi hati yang terjejas dan rosak (liver failure).
Tujuh pesakit itu, yang berusia antara 40 dengan 70 tahun, telah memakan buah tunjuk langit dalam bentuk benih dan juga kapsul.
Lima daripada mereka telah dimasukkan ke hospital, menurut amaran awam yang dikeluarkan HSA hari ini.
Menurut HSA lagi, kesemua pesakit dilaporkan sudah pulih atau sedang beransur pulih, selepas berhenti memakan produk yang disyaki itu.