Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA lulus vaksin Covid-19 Pfizer bagi kanak-kanak 6 bulan hingga 4 tahun

Sep 29, 2022 | 09:21 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan vaksin, Comirnaty Covid-19, dikeluarkan syarikat Pfizer-BioNTech bagi penggunaan kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun, semalam (28 September).



Ini merupakan vaksin kedua yang diluluskan penggunaannya di Singapura oleh HSA bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun selepas vaksin Spikevax oleh Moderna diluluskan pada 24 Ogos lalu bagi penggunaan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun.



HSA telah mempertimbangkan dengan berhati-hati data klinikal dan menilai manfaatnya melebihi risiko bagi penggunaan Comirnaty dalam kalangan kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun.



Dalam kenyataannya, HSA berkata ia telah mendapatkan nasihat pakar daripada Jawatankuasa Penasihat Ubat-Ubatan dan Pakar Panel Penyakit Berjangkit.



Rejimen vaksinasi bagi siri asas dalam kumpulan usia ini terdiri daripada tiga dos tiga mikrogram – dua dos pertama ditadbirkan selang tiga minggu, disusuli dos ketiga diberikan sekurang-kurangnya lapan minggu selepas dos kedua.



Saranan vaksinasi rasmi mengenai penggunaan vaksinasi ini akan dikeluarkan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (MOH) bila ia sudah sedia.



Data klinikal berdasarkan kajian fasa kedua dan ketiga yang dijalankan Pfizer, melibatkan sekitar 1,800 peserta berusia enam bulan hingga empat tahun.



Keputusannya menunjukkan bahawa respons imuniti dalam kanak-kanak ini yang mendapat tiga dos di bawah siri asas adalah sejajar dengan imuniti orang dewasa berusia 16 tahun hingga 25 tahun yang menerima dua dos lebih tinggi sebanyak 30 mikrogram sebagai vaksin siri asas.



Justeru, ia boleh ditakrifkan bahawa tiga dos vaksin mungkin menawarkan perlindungan yang sama bagi kanak-kanak seperti dua dos bagi dewasa.



Dalam responsnya, MOH berkata Jawatankuasa Pakar tentang Vaksinasi Covid-19 sedang menyemak saranan vaksinasi bagi  kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun.



Vaksin dua dos Spikevax oleh Moderna akan disediakan mulai bulan depan, sementara vaksin Comirnaty pleh Pfizer-BioNTech dijangka disediakan akhir tahun ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >