Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

HSA mula semak maklumat vaksin Covid-19 Moderna

Dec 02, 2020 | 05:32 PM

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah mula menilai maklumat yang dihantar pembangun vaksin Covid-19 Moderna "untuk menjamin semakan yang lengkap," kata HSA pada Rabu (2 Dis).

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST), HSA berkata ia telah berbincang bersama firma bioteknologi Amerika itu mengenai rancangan penghantaran vaksin tersebut.

"Moderna telah mula menyerahkan data awal dan akan terus berbuat demikian sebaik sahaja ia (vaksin) sudah disiapkan seperti yang disetujui bersama dengan HSA," kata seorang jurucakap pihak berkenaan.

Proses penghantaran secara berterusan ini akan membolehkan firma-firma untuk menyerahkan maklumat kepada pihak berkuasa ketika percubaan sedang dilakukan, selain menghantar maklumat hanya pada hujung setiap fasa percubaan sahaja.

Sebelum ini, HSA pernah menjelaskan bahawa penghantaran secara berterusan ini akan membolehkan pengawal untuk melaksanakan semakan secara langsung terhadap maklumat terkini yang sudah tersedia, selain menunggu kesemua data tersebut untuk dikumpul sebelum ia diserahkan kepada pihak berkuasa.

Ketua eksekutif Moderna, Encik Stephane Bancel memberitahu ST pada Selasa malam bahawa syarikatnya sedang berbincang bersama HSA untuk mengizinkan penggunaan vaksin firma itu di sini.

Beliau berkata, sekiranya semua berjalan lancar, kumpulan pertama vaksin itu boleh dikirimkan ke Singapura seawal  bulan ini.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map