Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA tarik balik 3 jenis ubat kencing manis metformin

Dec 05, 2019 | 04:31 PM



PIHAK berkuasa setempat telah menarik balik tiga jenis ubat kencing manis selepas ia didapati mengandungi sejumlah bahan asing yang tidak selamat dan boleh menyebabkan barah.



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menguji kesemua 46 ubat metformin yang dipasarkan di sini da baki 43 ubat yang diuji itu tidak terjejas.



Langkah menarik balik tiga jenis ubat kencing manis itu berlaku sedang pihak berkuasa di seluruh dunia kini sedang memeriksa sama ada bahan asing itu - iaitu carcinogen atau bahan perangsang barah yang pada awalnya ditemui dalam ubat bagi masalah jantung dan gastrik - mungkin ditemui dalam jumlah ynag tidak selamat dalam ubat kencing manis yang biasa digunakan.



Menurut HSA semalam (4 Disember), tiga ubat metformin itu didapati mengandungi bahan asing yang dinamakan N-nitrosodimethylamine (NDMA), lebih daripada jumlah yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.



NDMA disifatkan sebagai bahan yang berpotensi merangsang barah bagi manusia.



Ubat yang ditarik balik itu termasuk satu kumpulan Glucient XR Tablet 500mg yang dibekalkan Glorious Dexa Singapore serta semua produk Meijumet Prolonged Release Tablet 750mg dan 1,000mg yang dibekalkan oleh Pharmazen Medical.



Bagaimanapun, HSA berkata risikonya kepada pesakit yang telah memakan ubat yang terjejas itu adalah amat rendah kerana risiko nitrosamine timbul hanya dengan penggunaan jangka panjang sedangkan ubat itu hanya ditawarkan di sini sejak tahun lalu.



Pesakit yang memakan ubat metformin yang terjejas itu dinasihatkan untuk tidak berhenti mendapatkan rawatan sendiri.



Sementara itu, karyawan perubatan pula dinasihatkan menghubungi pesakit yang memakan ubat terjejas dan menukarkan ubat mereka secepat mungkin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >