PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) menarik keluar lebih daripada 800 senarai produk kesihatan haram daripada laman-laman e-dagang dan platform media sosial seperti Shopee, Carousell dan Facebook.
Produk seperti ubat anti-kencing manis. produk perangsang seks, rawatan rambut yang menipis, dan lain-lain lagi telah ditarik keluar antara 23 Jun dengan 30 Jun lalu, kata HSA dalam satu kenyataannya hari ini. (20 Julai).
Produk-produk yang ditarik keluar itu tidak dinilai dan tidak diluluskan oleh pihak berkuasa dan mungkin tidak selamat untuk dimakan.
Alat pemantauan glukos darah yang tidak diluluskan juga ditarik keluar memandangkan alat memantau yang tidak diluluskan boleh memberikan bacaan yang tidak tepat, menyebabkan pesakit mengambil dosaj ubat yang salah, kata HSA.
HSA menguji ubat perangsang seks yang disenaraikan dalam laman e-dagang dan platform media sosial, dan mendapati ia mengandungi tadafil, sejenis ubat preskrispsi yang digunakan untuk merawat masalah mati pucuk.
HSA berkata penggunaan tadafil yang tidak betul adalah merbahaya dan boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar, palpitasi, kadar degupan jantung tidak tetap, dan ereksi sakit dan memanjang di bahagian zakar.
Para penjual produk haram ini telah diberi amaran dan diberitahu agar mematuhi keperluan peraturan.