Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: Tiada peningkatan kesan sampingan suntikan penggalak Covid-19 dilapor

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



TIADA peningkatan kesan sampingan suntikan penggalak Covid-19 yang dilaporkan, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kelmarin.



Sebanyak 304 laporan kejadian buruk berkaitan suntikan penggalak vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, diterima dan 87 lagi laporan dikaitkan dengan vaksin Moderna/Spikevax.



Ini mencapai 0.03 peratus daripada 1,451,798 suntikan penggalak yang diberikan antara 15 September dengan 30 November.



Kesan sampingan yang biasa termasuk ruam, bengkak muka, ketidakselesaan dada, berdebar-debar dan demam.



HSA juga menerima 24 laporan kesan sampingan teruk yang dikaitkan dengan suntikan penggalak, iaitu 0.002 peratus daripada dos yang diberikan.



Ini termasuk empat kes myocarditis-keradangan otot jantung - serta kes kegagalan jantung lain, sawan, kebas dan kelemahan anggota badan dan pembekuan darah.



Tiada kes anaphylaxis - reaksi alahan yang mengancam nyawa - dilaporkan bagi dos suntikan penggalak sejauh ini.



Sebanyak 86 kes anaphylaxis dikaitkan dengan dua suntikan pertama vaksin Pfizer dan Moderna, dan lagi lapan kes dikaitkan dengan vaksin Sinovac-CoronaVac.



Kesan sampingan yang dilaporkan serupa dengan apa yang dialami beberapa orang selepas dua dos pertama vaksin mRNA, kata HSA dalam kenyataan keselamatan mengenai vaksin yang terkini.



"Memandangkan program suntikan penggalak yang dilancarkan baru-baru ini, HSA terus memantau dengan teliti kejadian buruk dan akan memberitahu orang awam mengenai kejadian penting yang diperhatikan, serta mengambil tindakan seperlunya," tambahnya.



Dalam laporan itu, HSA juga memberi maklumat laporan yang difailkan selepas orang ramai mengalami kesan sampingan yang disyaki doktor berkaitan dengan vaksin Covid-19.



Ia menerima 11,601 laporan kesan buruk yang berkaitan dengan vaksin Pfizer. Ini merupakan 0.14 peratus daripada suntikan yang diberikan.



Ia juga menerima 2,591 laporan berkaitan vaksin Moderna, 0.12 peratus daripada dos keseluruhan.



Singapura telah memberikan 8.5 juta dos Pfizer dan 2.2 juta dos Moderna sejauh ini.



Negara ini juga menyaksikan 235 laporan kejadian buruk dikaitkan dengan vaksin Sinovac, iaitu 0.09 peratus daripada 260,911 dos yang diberikan.



Ia juga menerima 26 laporan sedemikian yang dikaitkan dengan vaksin Sinopharm. Ini mencapai 0.04 peratus daripada keseluruhan 66,408 dos yang diberikan.



HSA menyimpulkan laporannya dengan menyatakan bahawa kebanyakan kesan sampingan yang dilaporkan sebahagian besar telah dijangka akibat divaksinasi dan mencerminkan apa yang telah dilaporkan di seluruh dunia.



Faedah vaksin Pfizer, Moderna dan Sinovac terus melebihi risiko yang diketahui dalam pandemik, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >