Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSR KL-S'Pura: Tender dibuka akhir 2017, bida dinilai akhir 2018

Dec 09, 2016 | 08:44 AM



TAWARAN tender bagi pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur akan dinilai pada akhir 2018, menurut MyHSR, agensi bertanggungjawab bagi bahagian Malaysia projek itu.



Dokumen tender bagi pakej sistem tersebut, merangkumi landasan dan gerabak kereta api, akan dikeluarkan pada akhir tahun depan, kata Ketua Eksekutif MyHSR, Encik Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, ketika memberi garis masa projek itu buat kali pertama.



"Selepas tender dibuka pada suku terakhir 2017, pembida akan diberi setahun untuk mengemukakan bida. Kemudian kedua-dua negara akan melakukan penilaian," katanya selepas taklimat mengenai projek itu pada Khamis (8 Dis).



Taklimat oleh MyHSR dan pengawal selia pengangkutan awam darat Malaysia, SPAD, diadakan lebih awal daripada majlis menandatangani perjanjian HSR minggu depan, yang mengikat Malaysia dan Singapura untuk melaksana projek rel sepanjang 350km itu.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu di Putrajaya bersama rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Razak semasa Rahat Pemimpin dua hala mereka.



Terdapat spekulasi kuat Malaysia akan memberi kontrak bagi projek itu kepada sebuah syarikat China, memandangkan Beijing telah melabur berbilion-bilion ringgit dalam beberapa projek gergasi kerajaan Malaysia akhir-akhir ini, termasuk membeli aset yang pernah dimiliki syarikat pelaburan kerajaan Malaysia yang dilanda skandal, 1MDB.



Para pegawai Malaysia telah berkata proses tender akan adil dan telus.



HSR dijangka bergerak pada kelajuan sehingga 320kmh apabila ia siap pada 2026 dan mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit.



Menteri perancangan ekonomi Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata tambang HSR akan ditanda aras pada tambang perjalanan udara dan ditentukan oleh kuasa pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >