HSR: LTA lantik firma kejuruteraan AS kaji bahagian Singapura

PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah melantik firma reka bentuk kejuruteraan Aecom Singapore menjalankan kajian kejuruteraan lanjutan bagi bahagian negara ini Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Aecom akan menyediakan perkhidmatan seni bina, sivil, elektrik, mekanikal dan reka bentuk lain yang diperlukan bagi perhentian HSR di Jurong East, terowong, dan jambatan merentasi Selat Johor, umum LTA dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Feb).

LTA berkata Aecom dipilih "melalui proses tender sangat kompetitif".

"Mereka membawa pengalaman luas dalam projek HSR antarabangsa, termasuk dalam perancangan dan reka bentuk Stesen HSR Beijing South di China, Kereta Api Kelajuan Tinggi 2 di United Kingdom, dan Terminus West Kowloon bagi Express Rail Link di Hong Kong," kata LTA.

Aecom Singapore juga mempunyai rekod kukuh di Singapura, setelah bekerja bersama LTA bagi mereka bentuk Laluan Circle, Laluan Downtown, Laluan Thomson-East Coast, dan Laluan Tuas West Extension.

Firma beribu pejabat di Los Angeles, Amerika Syarikat, itu, yang berkata ia menggajikan 87,000 orang di 150 negara, juga menjalankan kajian perundingan kejuruteraan bagi Sistem Rel Pantas (RTS) antara Singapura dan Johor Bahru.

RTS itu asalnya dijangka siap pada 2018, tetapi ia ditangguhkan ke 2019 apabila Singapura memutuskan melanjutkan Laluan Thomson-East Coast.

Sejak itu, tiada banyak kemajuan dilaporkan mengenai RTS itu, yang sepanjang 4-5km, dengan Singapura berkata ia sedang menunggu Johor memutuskan lokasi stesen terminalnya.

HSR KL-Singapura dijadualkan siap pada 2026.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:21
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.