Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Huawei buka makmal AI di Singapura

Nov 22, 2019 | 06:23 PM



GERGASI telekomunikasi China, Huawei, telah melancarkan sebuah makmal kecerdasan buatan (AI) baru di Singapura, yang dijangka melatih sehingga 100 arkitek AI dan 1,000 pembangun AI sepanjang tiga tahun akan datang.



Semasa melancarkan makmal di Changi Business Park hari ini (22 Nov), ketua eksekutif Huawei International Nicholas Ma berkata syarikat itu berharap dapat mengatasi masalah kekurangan bakat teknologi AI di sini kerana langkah menubuhkan makmal itu di sini boleh memberi manfaat kepada semua pihak.



“Apabila saya menghadiri sidang puncak teknologi di Singapura, orang akan bertanya saya tentang usaha mendapatkan lebih ramai bakat di sini.



“Terdapat keperluan bagi lebih ramai bakat teknologi dalam setiap industri dan kami ingin memenuhi jurang itu.



“Dengan cara ini, diharapkan bakat ini juga dapat membantu kami dalam jangka masa panjang dan menyumbang kepada syarikat ini,” ujarnya.



Makmal baru yang menelan belanja AS$10 juta (S$13.6 juta) itu dikatakan makmal AI pertama di Singapura dengan keupayaan 5G.



Makmal itu boleh digunakan agensi pemerintah, institut pengajian tinggi serta syarikat kecil dan sederhana (SME).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >