Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Huawei mula hantar SMS kepada pelanggan, baucar $100 seorang

Aug 20, 2019 | 10:43 AM



SYARIKAT Huawei telah mula menghubungi 5,000 pelanggannya di Singapura, yang dijanjikan baucar diskaun $100 seorang, berikutan kekecohan yang berlaku sewaktu promosi telefon bijak pada harga $54 diadakan pada 26 Julai lalu.



Hampir 2,000 pelanggan telah menerima baucar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam (19 Ogos).



Pelanggan yang terbaki boleh terus menunggu dan mengharapkan SMS daripada Huawei paling lambat pada akhir bulan Ogos.



Baucar yang diterima boleh digunakan dalam masa seminggu di 10 cawangan terpilih Huawei. 



Sekitar 1,000 pelanggan telah menggunakan baucar mereka setakat ini.



Demi mengelak ulangnya kekecohan yang berlaku pada 26 Julai lalu, Huawei bakal menghantar SMS kepada pelanggannya secara berperingkat-peringkat, setelah mengambil kira jumlah mereka yang bakal mengunjungi cawangan-cawangannya setiap hari. 



Pada 26 Julai lalu, ribuan orang beratur selama berjam-jam di banyak cawangan Huawei untuk merebut promosi Hari Kebangsaan Y6 Pro, yang menawarkan telefon Huawei pada harga hanya $54 kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. 



Ramai yang beratur kecewa kerana cawangan-cawangan itu kehabisan stok dengan cepat. 



Pihak polis terpaksa dipanggil untuk mengawal orang ramai yang semakin gentar.



Seorang mekanik, Encik Salehim Aman, 53 tahun, telah menerima SMS dari Huawei pada 13 Ogos lalu dan membeli telefon jenis Y6 Pro pada hari yang sama. 



"Saya tidak menyangka Huawei akan menghubungi saya… jadi saya menganggap ini satu nasib baik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >