Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan China-S'pura semakin maju: Naib PM China Zhang Gaoli

Feb 27, 2017 | 10:29 AM



BEIJING: Dengan salaman kukuh, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan rakan sejawatannya dari China, Encik Zhang Gaoli, memulakan mesyuarat dua hala mereka pada Isnin (27 Feb).



Encik Zhang dalam ucapan alu-aluannya berkata hubungan antara China dan Singapura telah berkembang dari setingkat ke setingkat kejayaan.



Beliau juga menyampaikan salam Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, kepada delegasi Singapura, dengan berkata Encik Li sedang sibuk membuat persiapan bagi sesi tahunan Kongres Parti Kebangsaan, iaitu Parlimen negara itu, yang bermula pada 5 Mac.



Ini pertemuan pertama daripada beberapa siri mesyuarat Encik Teo dan wakil China pada Isnin di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, sebuah kompleks villa dan taman bersejarah dan indah.



Rundingan termasuk pusingan ke-13 Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC), iaitu sebuah platform peringkat tinggi bagi membincangkan cara memperdalam dan meluaskan hubungan Singapura-China.



Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, dan Encik Zhang, yang juga anggota Jawatankuasa Tetap Politburo, iaitu jawatankuasa tertinggi Parti Komunis, juga menjadi pengerusi bersama mesyuarat ke-18 Majlis Pemandu Bersama (JSC) Taman Perusahaan Suzhou China-Singapura dan JSC kesembilan Bandar Eko Tianjin China-Singapura.



Kemuncak acara pada Isnin ialah mesyuarat pertama majlis pemandu Inisiatif Konektiviti Chongqing, iaiu sebuah projek pemerintah dengan pemerintah ketiga dan terkini yang bermula pada November 2015 dengan matlamat menjadikan Chongqing sebuah hab logistik dan perkhidmatan.



Encik Teo disertai Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) Lim Hng Kiang; Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu; Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing; Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong; Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng; Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung serta para pegawai kanan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >