Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan 'istimewa' Bai bersama TMJ

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



KEMUNCAK Baihakki Khaizan sebagai pemain bola sepak profesional dicapai semasa bermain bersama kelab Johor Darul Takzim (JDT), tetapi di kelab itu juga beliau menghadapi tempoh paling suram dalam kerjayanya.



Semasa di JDT, Bahaikki bukan sahaja dilantik sebagai kapten pasukan tetapi beliau turut diberi pakej gaji tertinggi dalam kerjayanya - sejumlah AS$1.5 juta (sekitar $2 juta) selama empat tahun - dan menjalin hubungan 'istimewa' dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Mengongsi pengalamannya, Baihakki berkata sebagai kapten beliau sentiasa perlu melaporkan diri di istana Johor selepas perlawanan.



Dari situ beliau dapat menyaksikan bagaimana keluarga di raja menjalani kehidupan beristiadat mereka dan melihat istana dengan kemewahannya.



Lama kelamaan, kata Baihakki, beliau dan TMJ menjalin hubungan seperti kawan biasa dan pernah 'lepak' bersama, meskipun beliau harus sentiasa menjaga tata terbit hormat yang harus diberikan kepada anak raja.



"Ia merupakan satu penghormatan... Beliau seorang bos yang amat baik. Budak-budak JDT betul-betul untung. Anda boleh bercakap dengannya apa saja," kata Baihakki, yang masih berhubungan dengan TMJ hingga kini.



Namun, selepas beliau 'diturunkan' untuk bermain bersama kelab kedua JDT, atau JDT II, dunia bola sepak profesional Baihakki menjadi kelam.



Menceritakan lanjut, Baihakki mendedahkan bahawa beliau sebenarnya menandatangani kontrak untuk bermain dengan skuad muda JDT II bagi membantu mengembangkan prestasi pemain muda kelab tersebut. Kontrak tersebut bukan dengan pasukan senior JDT I, tetapi ramai yang mungkin tidak tahu tentang hal ini, kata Baihakki.



Bagaimanapun ketika memeterai kontrak, TMJ pernah memberitahu beliau untuk bersedia mewakili JDT I kerana terdapat slot kosong bagi pemain Asean.



Namun, selepas setengah musim bermain untuk JDT I, TMJ meminta beliau bermain bersama JDT II pula, tetapi Baihakki mempersoalkan langkah itu kerana beliau merasakan tugasnya di JDT I belum berakhir.



Langkah itu mengguris perasaannya, kata Baihakki.



Dalam pertemuan dengan TMJ kemudian, Baihakki menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan tersebut lalu memulangkan jam tangan Rolex yang dihadiahkan kepadanya sebelum ini kembali kepada TMJ.



Baihakki mengaku beliau rasa agak 'seram' semasa itu tetapi TMJ membalas dengan berkata:



"Bai, jangan libatkan persahabatan dengan kerja. Kotak (jam Rolex) hijau ini adalah famili. Jangan libatkan famili dengan kerja," kata Baihakki dalam satu interviu baru-baru ini.



TMJ kemudian memujuk Baihakki dan mengingatkannya bahawa beliau diambil bermain untuk JDT II, bukan JDT I.



Baihakki selepas itu menguatkan semangat untuk terus berjuang dalam kerjayanya dan terus bermain hingga ke Thailand selepas JDT, meskipun usianya ketika itu sudah pun melepasi 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >