Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan S'pura-M'sia boleh diperkukuh menerusi kerjasama berbilang peringkat

Balakrishnan: Dua negara beri tumpuan kepada projek bersama
Oct 03, 2019 | 05:30 AM



HUBUNGAN dua hala antara Singapura dengan Malaysia akan menjadi kian kukuh jika kededua negara bekerjasama dan memberi tumpuan kepada projek bersama.



Ini termasuk merebut peluang bersama dan di berbilang peringkat, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Dr Balakrishnan, yang sedang mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu berkata demikian semasa bertemu media di Kuantan pada hari kedua kunjungan itu semalam.



Menurut beliau, setiap negeri di Malaysia unik dan Singapura perlu terus memperkukuh hubungan dengan setiap negeri.



"Siri pertemuan yang diadakan adalah peluang baik untuk memulakan hubungan di tahap kepimpinan dan mencari peluang bagi syarikat-syarikat kita," kata Dr Balakrishnan yang berkata pemimpin di negeri-negeri yang telah dilawatinya memandang Singapura dengan positif.



Di Kuantan, Dr Balakrishnan telah bertemu Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan menghadiri jamuan tengah hari yang diadakan Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.



Beliau juga menghadiri jamuan malam yang diadakan Setiausaha Negeri Pahang Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak.



Menurut Dr Balakrishnan, Dato Wan Rosdy telah berkongsi rancangannya bagi negeri itu dan peluang perniagaan, sejak beberapa tahun lalu, ada bagi pelabur asing di sana.



Malah, beberapa syarikat Singapura seperti Capitaland dan Charles & Keith telah bertapak di sana, tambah Dr Balakrishnan.



Kata Dr Balakrishnan, Dato Wan Rosdy juga berkongsi rancangannya bagi Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka menghubungkan Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Port Klang.



Projek itu ditangguh tahun lalu kerana masalah kewangan, tetapi disambung pada April dengan kos yang lebih rendah. 



"Saya rasa menambah keterhubungan dan menarik pelaburan... adalah bidang yang berkepentingan bagi kita. Kita boleh bekerjasama dengan Malaysia untuk mencapai kesudahan menang-menang, terutama dari segi membuka peluang bagi syarikat kita," kata Dr Balakrishnan.



Selain bertemu penjawat politik, Dr Balakrishnan juga bertemu anggota Dewan Undangan Negeri di Pahang dan anggota parlimen Pakatan Harapan (PH), yang mewakili pembangkang di negeri yang dipimpin Umno itu.



Dr Balakrishnan, memulakan kunjungannya ke Malaysia di Seremban kelmarin, di mana beliau bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun dan bertemu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz dan puteranya, Tunku Besar Tunku Ali Redhauddin di Istana Besar Seri Menanti.



Menurut Dr Balakrishnan, Dato Aminuddin telah berkongsi usaha menarik pelaburan ke sana dan rancangan perindustrian iaitu Lembah Wawasan Malaysia 2.0 yang merangkumi kawasan antara Kuala Lumpur, Seremban dan Port Dickson.



Beliau juga telah berjumpa 'rakan lama' Timbalan Presiden Umno, Dato' Mohamad Hasan, dan bekas rakan sejawatan Encik Khairy Jamaluddin yang menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia dari 2013 hingga 2018.



Dr Balakrishnan dijadual bertemu Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu hari ini, sebelum menamatkan kunjungannya.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >