Hujan berterusan jejas sesetengah penduduk, tapi niaga dobi naik
Dec 19, 2019 | 05:30 AM
SEDANG hujan terus membasahi bumi Singapura, penduduk setempat terus menjalani rutin harian seperti biasa dan membeli-belah sempena musim perayaan ini - lengkap dengan payung.
Cuaca hujan ini juga telah menyebabkan penjualan di sesetengah kedai merosot, dengan tidak ramai orang keluar berbelanja.