Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dan suhu serendah 22 darjah celsius dijangka dalam tempoh dua minggu pertama Disember

Nov 30, 2019 | 02:17 PM



PENDUDUK Singapura boleh menjangkakan lebih banyak hujan bagi dua minggu pertama Disember dengan suhu serendah 22 darjah celsius. 



Ini selepas musim tengkujuh di sini yang bermula sejak awal bulan ini dijangka berterusan hingga Mac tahun depan, menurut kenyataan Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam. 



Dalam minggu pertama Disember, Singapura boleh menjangkakan cuaca hujan selama dua hingga empat hari, dengan langit mendung dan angin serta hujan sederhana hingga lebat di seluruh Singapura. 



Angin kencang yang datang dari Laut China Selatan dijangka semakin lemah pada minggu kedua. 



Hujan sederhana hingga hujan lebat dijangka di waktu petang selama lima hingga tujuh hari. 



Secara keseluruhan, lebih banyak hujan dijangka di Singapura bagi tempoh dua minggu pertama Disember. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >