Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dijangka bagi dua minggu pertama Disember, kata khidmat kaji cuaca

Dec 01, 2018 | 01:30 PM



Hujan lebat dijangka bagi dua minggu pertama Disember ini, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), pada Jumaat (30 Nov).



Ia berkata bahawa musim tengkujuh Timur-Laut sedang melanda Singapura dan kawasan di sekitarnya, dan dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan.

Hujan lebat dengan petir dijangka dalam tempoh antara tujuh dengan sembilan hari akan datang, kebanyakannya di sebelah petang dan boleh berlarutan sehingga senja, kata MSS.



Musim tengkujuh ini juga akan menyebabkan keadaan mendung dan angin kencang dalam tempoh selepas dua minggu itu. Ia akan diiringi hujan renyai dan lebat di Singapura dan kawasan sekitarnya selama satu atau dua hari.



Hujan dijangka lebih lebat bagi bahagian pertama Disember, dengan suhu antara 24 darjah Celsius dengan 32 darjah Celsius.



Namun, suhu boleh jatuh ke paras lebih rendah, antara 22 darjah Celsius dengan 23 darjah Celsius.



Pihak awam boleh mendapatkan ramalan cuaca dan butiran berkaitan lain di laman MSS,​ www.weather.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >