Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dijangka berterusan akibat dua fenomena cuaca

La Nina, Dipol Lautan Hindi sumbang kepada cuaca hujan di rantau ini untuk beberapa bulan
Jun 21, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura perlu bersedia menghadapi cuaca hujan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.



Khidmat kaji cuaca negara berkata dua fenomena, satu daripadanya berlaku di Pasifik dan satu lagi di Lautan Hindi, akan menyebabkan cuaca hujan di rantau ini.



Salah satu fenomena tersebut, La Nina, menjejas suhu global dan menyebabkan kemarau di beberapa kawasan dan banjir di kawasan lain.



Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) awal bulan ini, La Nina akan berterusan selama beberapa bulan, mungkin hingga 2023.



La Nina merupakan penyejukan suhu permukaan pada skala yang lebih besar di khatulistiwa pusat dan timur di Laut Pasifik yang berlangsung setiap dua hingga tujuh tahun.



Di Asia Tenggara ia biasanya menyebabkan hujan dan banjir.



Keadaan La Nina buat masa kini bermula pada 2020 dan berterusan hingga kini.



Menurut laporan Pusat Kaji Cuaca Singapura (MSS) awal tahun ini, La Nina menyebabkan hujan lebat tahun lalu di sekitar Singapura.



Ini merupakan cuaca hujan lebat yang kedua tertinggi yang dicatat selepas 2007 - yang juga merupakan tahun La Nina.



Fenomena cuaca kedua, yang dipanggil Dipol Lautan Hindi (IOD), juga menyumbang kepada cuaca hujan yang dijangkakan.



Menurut jurucakap MSS, IOD negatif dijangka berlaku antara Jun hingga Ogos.



Apabila IOD dalam keadaan negatif, tiupan angin lebih kencang di kawasan khatulistiwa ke arah Asia Tenggara dan Australia, langsung membawa air lebih panas seluruh rantau dan memberikan tenaga dan kelembapan untuk membentuk awan hujan.



"Dengan keadaan La Nina dan potensi IOD negatif, ia menunjukkan ke arah cuaca hujan yang lebih dari biasa untuk Singapura antara Jun hingga Ogos 2022," menurut jurucakap tersebut.



MSS menambah, keadaan La Nina sedia ada akan semakin lemah antara Jun hingga Ogos.



"Selepas itu, masih tidak tentu sama ada keadaan La Nina yang lebih lemah akan berterusan sepanjang tahun atau kembali kepada keadaan neutral El Nino-Southern Oscillation (Enso)."



Apabila fenomena Enso berlaku, ia menyebabkan suhu air permukaan yang sejuk di bahagian barat Pasifik, termasuk di lautan sekitar Asia Tenggara dan permukaan air yang panas di bahagian timur lautan Pasifik.



Enso menyebabkan pengurangan jumlah hujan yang amat ketara di rantau Asia Tenggara.



Keadaan tersebut berubah setiap dua hingga tujuh tahun, dan setiap fasa menyebabkan perubahan global dalam suhu dan hujan.



Keadaan El Nino biasanya menyebabkan cuaca panas dan kering di rantau Asia Tenggara.



Menurut MSS, keadaan La Nina biasanya mempunyai kesan paling kukuh terhadap Singapura semasa musim monsun (Jun hingga September), menyebabkan hujan yang lebih lebat.



Namun, kesan terhadap suhu Singapura kurang berbanding kesannya terhadap hujan, menurut agensi cuaca itu.



Apabila ia bergabung, La Nina dan keadaan IOD negatif boleh menyebabkan cuaca hujan di Singapura semasa musim monsun itu, kata MSS, sambil menambah bahawa salah satu musim monsun dengan hujan yang paling banyak ialah pada 2010, di mana berlakunya La Nina dan IOD negatif.



Meskipun kededua fenomena ini sering berlaku, pakar sains iklim berkata pemanasan global membuat fenomena cuaca dunia berada di tahap lebih ekstrim.




"Dengan keadaan La Nina dan potensi IOD negatif, ia menunjukkan ke arah cuaca hujan yang lebih dari biasa untuk Singapura antara Jun hingga Ogos 2022.
Selepas itu, masih tidak tentu sama ada keadaan La Nina yang lebih lemah akan berterusan sepanjang tahun atau kembali kepada keadaan neutral 'El Nino-Southern Oscillation' (Enso)."
- Jurucakap Pusat Kaji Cuaca Singapura (MSS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >