Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dijangka berterusan bulan ini

Nov 17, 2016 | 08:03 AM



MUSIM tengkujuh yang dialami sejak bulan ini (Nov) bermula akan berterusan, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam nasihat terbarunya pada Rabu (16 Nov).



Malah, lebih banyak hujan daripada biasa dijangka dalam bulan ini, menurut agensi itu.



"Hujan berguruh, ada masanya lebat, diramalkan kebanyakannya pada petang dan malam pada enam hingga lapan hari," kata NEA.



Di samping itu, hujan berguruh meluas yang disertai angin kencang boleh dijangka pada subuh pada satu atau dua hari.



Kebanyakan kawasan di Singapura mendapat hujan melebihi paras purata sepanjang dua minggu pertama bulan ini.



November biasanya bulan kedua paling basah selepas Disember. Tetapi hujan dalam bulan ini mungkin lebih tinggi daripada biasa. Monsun timur laut juga sedang bermula semula, walaupun tempoh peralihan monsun dijangka berterusan bulan ini.



"Angin dijangka beransur-ansur kencang dan bertiup dari timur laut atau barat laut sekitar akhir bulan, menandakan bermulanya monsun timur laut," kata NEA.



Suhu maksimum setiap hari selama dua minggu ini dijangka sekitar 32 atau 33 darjah Celcius. Pada hari hujan, malam dijangka lebih sejuk, dengan suhu minimum harian mencapai 22 dan 23 darjah Celcius.



Ramalan cuaca harian terkini boleh didapati di laman web Perkhidmatan Meteorologi Singapura (www.weather.gov.sg) dan NEA (www.nea.gov.sg) atau melalui aplikasi myENV atau Weather@SG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >