Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan dijangka berterusan hingga akhir Januari

Jan 25, 2023 | 04:16 PM



CUACA hujan yang dialami sepanjang hujung minggu Tahun Baru Cina diramalkan akan berterusan sehingga musim perayaan berakhir.


Menurut weather.com, hujan dijangka turun di Singapura sepanjang 10 hari seterusnya, dengan suhu antara 24 darjah Celcius dengan 30 darjah Celcius.


Pada 16 Januari, Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata cuaca hujan dijangka akan berterusan sepanjang Januari menyusuli peningkatan angin kencang akibat keadaan monsun.


Dalam kemaskininya setiap dua minggu, pegawai kaji cuaca berkata suhu pada separuh kedua Januari adalah antara 24 darjah Celcius dengan 32 darjah Celcius bagi kebanyakan hari, dan mungkin mencapai paras tinggi 33 darjah Celcius bagi beberapa hari.


Ia menambah bahawa lonjakan monsun juga akan menyebabkan suhu harian yang lebih rendah, antara 22 darjah Celcius dengan 30 darjah Celcius bagi beberapa hari.

Cuaca hujan sewaktu Tahun Baru Cina telah menimbulkan kesukaran.


Pada Selasa (24 Jan), sekumpulan penumpang dalam bas khidmat 154 SBS Transit terkandas dalam bas tersebut selama hampir dua jam setelah sebuah pokok tumbang di Dunearn Road pada waktu tengah hari.


Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam jawapan kepada akhbar The Straits Times bahawa satu orang dibawa ke Hospital Tan Tock Seng disebabkan kejadian tersebut.


Sesetengah warga Singapura sukar mendapat teksi atau menempah kereta sewa privet sewaktu musim cuti itu, menurut laporan ST yang berasingan pada Selasa.


Pelanggan juga perlu menunggu lebih lama bagi perkhidmatan penghantaran makanan, dengan ada yang menunggu sehingga 90 minit.


Grab berkata penghantar makanan berkurangan disebabkan hujan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >