Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan diramal terus turun sepanjang Nov

Nov 16, 2020 | 07:19 PM



HUJAN dijangka terus turun pada separuh kedua November sepertimana awal bulan ini melihat pada ramalan hujan monsun yang terus melanda khatulistiwa rantau Asia Tenggara sepanjang bulan ini.



Dalam satu kenyataan Khidmat Kaji Cuaca Singapura pada Isnin (16 November), keadaan silang monsun dengan angin tahap rendah yang ringan dan berubah arah telah dilaporkan di Singapura sejak awal November.



Pada separuh kedua November pula, angin tahap rendah diramalkan beransur-ansur kuat dan beralih bertiup dari arah timur laut atau barat laut sekitar akhir bulan ini.



Perubahan angin monsun ini menandakan bermulanya musim Monsun Timur Laut yang dijadualkan akan berlanjutan hingga Mac 2021.



Dalam tempoh separuh kedua November ini, hujan renyai-renyai beserta guruh mahupun hujan lebat yang diiringi guruh dijangka turun sebentar di kebanyakan kawasan Singapura pada kebanyakan hari sekitar tengah hari.



Bagi beberapa hari pula, diramalkan hujan renyai-renyai mungkin berlanjutan hingga petang. Pada satu atau dua hari di mana angin diramalkan berhembus dari arah barat daya atau barat, ribut di laluan Sumatra dijangka akan membawa pada hujan lebat dan angin kencang di Singapura antara subuh dan awal pagi.



Kadar hujan pada November 2020 ini juga diramalkan melebihi kadar purata di kebanyakan kawasan Singapura.



Suhu harian kebanyakan hari pada pada separuh kedua November 2020 diramalkan antara 24°C dengan 34°C.



Walaupun hujan renyai dijangka turun pada kebanyakan hari dalam tempoh tersebut, suhu maksimum harian boleh mencecah setinggi 35°C pada satu atau dua hari.



Lungsuri laman MSS (www.weather.gov.sg), laman Agensi Sekitaran Nasional (www.nea.gov.sg) atau muat turun aplikasi myENV atau aplikasi MSS' Weather@SG bagi keterangan terkini mengenai ramalan kaji cuaca.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >