Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan lebat, banjir kilat boleh dijangka dari akhir Nov hingga Jan: MSS

Nov 24, 2016 | 02:51 PM



BULAN ini (November) akan bertambah lembap.



Ini kerana monsun timur laut dijangka membawa hujan dari akhir November hingga Januari tahun depan, kata Perkhidmatan Kajicuaca Singapura (MSS) dan lembaga air negara PUB dalam satu kenyataan bersama pada Khamis ( 24 Nov).



Dari Disember hingga Januari, air pasang setinggi sekurang-kurangnya 3.2 juta serentak dengan hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah.



Air pasang dijangka dari 14 hingga 17 Dis, dan 13 hingga 15 Jan.



Hujan beserta guruh tempoh pendek sederhana hingga lebat, kebanyakannya pada sebelah petang, akan berlaku semasa musim tengkujuh ini. Terdapat purata 18 hari hujan pada Disember dan 13 pada Januari.



MSS akan mengeluarkan amaran hujan lebat monsun yang berpanjangan apabila hujan lebat atau hujan monsun berpanjangan dijangka, di samping ramalan cuaca biasa.



Pegawai PUB telah mengedarkan nasihat banjir kepada kira-kira 600 penduduk dan pemilik kedai di kawasan rendah dan mudah mengalami banjir kilat.



Ia juga telah memeriksa kira-kira 100 tapak binaan utama dan bekerja bersama agensi dan majlis bandaran bagi memastikan longkang dan parit tidak tersumbat.



Ada beberapa cara bagi orang ramai mendapatkan kemas kini laporan cuaca dan amaran hujan lebat terkini.



PUB mempunyai rangkaian 170 kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau keadaan jalan raya masa nyata di kawasan rendah dan kawasan panas. Orang boleh melihat 49 imej CCTV baru setiap lima minit melalui laman web PUB di https://app.pub.gov.sg/waterlevel/pages/WaterLevelSensors.aspx atau aplikasi mudah alih MyWaters.



PUB juga mempunyai 205 sensor paras air yang dipasang di longkang atau parit utama, yang menyediakan data paras air pada masa nyata.



Maklumat dari semua sensor paras air juga disediakan kepada orang ramai di https://app.pub.gov.sg/waterlevel/pages/WaterLevelSensors.aspx



Orang ramai boleh mendengar siaran mengenai lalu lintas di radio, menghubungi hotline ramalan cuaca MSS di 6542-7788, melayari laman web MSS di www.weather.gov.sg, dan mengakses aplikasi mudah alih MyENV Agensi Sekitaran Kebangsaasn (NEA), Weather@SG MSS, atau melanggani khidmat amaran hujan lebat SMS yang disediakan oleh MSS.



Semasa acara hujan lebat, maklumat terkini mengenai paras air di parit atau longkang dan banjir kilat boleh didapatkan melalui pos Facebook dan Twitter PUB, aplikasi mudah alih percuma MyWaters PUB, dan laman web PUB di https://app.pub.gov.sg/waterlevel/pages /WaterLevelSensors.aspx.



Orang ramai juga boleh melanggani khidmat amaran SMS percuma bagi mengawasi paras air di longkang atau parit di lokasi tertentu melalui laman web PUB - https://www.pub.gov.sg/drainage/floodmanagement/subscribesms



Jika terperangkap dalam banjir kilat, elak memandu ke kawasan banjir kerana jarak penglihatan rendah boleh mengaburkan kedalaman paras air banjir.



Pejalan kaki terperangkap dalam banjir kilat dinasihatkan berpindah ke kawasan lebih tinggi dan mengelak berjalan mereda air banjir.



Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PUB di 1800-CALL PUB (1800-2255 782) untuk melaporkan sembarang keadaan banjir atau hotline NEA di 1800-600-3333 untuk melaporkan sembarang longkang tersumbat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >