Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan lebat dijangka pada pertengahan pertama Ogos

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak hujan berserta guruh boleh dijangkakan pada pertengahan pertama bulan Ogos, dengan suhu harian mencecah antara 24 darjah Celsius hingga 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari.



Keadaan monsun barat daya bermakna angin tahap rendah dijangka bertiup dari arah tenggara atau barat daya, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) semalam.



Hujan berserta guruh dijangka turun buat jangka waktu singkat bagi dua minggu pertama Ogos, kebanyakannya antara lewat pagi dan tengah hari.



Pada beberapa hari, hujan dijangka lebih lebat disebabkan pemanasan tanah bersama angin yang berkumpul di Singapura dan di sekitarnya.



Hujan berserta guruh dan angin kuat juga boleh dijangkakan di Singapura dalam tempoh sebelum fajar hingga pagi.



Secara keseluruhan, hujan untuk dua minggu pertama Ogos dijangka melebihi purata di kebanyakan kawasan Singapura.



Beberapa hari cuaca panas juga boleh dijangkakan dalam tempoh yang sama, dengan suhu maksimum sekitar 34 darjah Celsius, kata MSS.



Keadaan panas dan lembap boleh dijangkakan pada beberapa malam sedang angin dari arah tenggara atau selatan meniup udara hangat dari laut. Suhu minimum hingga 28 darjah Celsius boleh dijangkakan pada malam-malam tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >