Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan lebat paksa pesawat Firefly batalkan pendaratan di Seletar

Sep 04, 2019 | 03:56 PM



HUJAN lebat memaksa juruterbang pesawat penerbangan Firefly dari Selangor untuk membatalkan pendaratan di Lapangan Terbang Seletar pada pagi Rabu (4 September), dalam kejadian ketiga seperti itu yang dilaporkan pada 2019.



Akhbar The Straits Times (ST) difahamkan pesawat FFM3122, telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang sekitar 6.50 pagi dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Seletar, tetapi terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Senai di Johor.



Lapangan Terbang Seletar tidak mempunyai prosedur pendekatan berasaskan instrumen, justeru itu juruterbang perlu bergantung kepada penglihatan mereka ketika hendak mendarat.



Ini adalah kejadian ketiga sejak Firefly membuat pendaratan sulungnya di Lapangan Terbang Seletar pada 21 April - hampir lima bulan selepas perkhidmatannya ke Singapura digantung.



Syarikat penerbangan itu kini mempunyai enam penerbangan sehari antara lapangan terbang Subang dan Seletar.



Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, berkata prosedur pendekatan Sistem Pengesanan Global (GPS) boleh dipasang di Lapangan Terbang Seletar dalam tempoh enam hingga 12 bulan.



Ini demi meningkatkan keselamatan penerbangan, katanya dalam satu sidang akhbar bersama di lapangan terbang tersebut, bersama Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Khaw Boon Wan. 



Encik Loke berkata: "Pendekatan GPS adalah sesuatu yang telah kami persetujui... Kami sedang mencari jalan keluar supaya Firefly boleh menuju ke arah itu tepat pada masanya."



Malaysia telah membantah pengenalan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar, atas sebab ia akan menghambat pembangunan di bandar Pasir Gudang, yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Seletar. 



Prosedur GPS akan menggantikan ILS di Seletar.



Perbezaan antara kededua sistem tersebut adalah sama ada isyarat diterima dari stesen satelit atau berasaskan darat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >