Hujan lebat sebabkan banjir kilat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Hujan lebat sebabkan banjir kilat

Apr 18, 2021 | 05:30 AM

HUJAN lebat petang semalam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di barat dan tengah pulau ini.

Keadaan hujan dan angin kencang itu juga menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang.

Media sosial dibanjiri gambar-gambar kawasan yang ditenggelami air dan longkang-longkang yang terlalu penuh sehingga air melimpah keluar.

Antara kawasan-kawasan terjejas termasuk Queenstown, Bukit Timah dan Ulu Pandan.

Agensi air negara, PUB, juga telah mengeluarkan amaran banjir kilat sekitar tengah hari semalam dan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi hampir 30 kawasan serata Singapura termasuk Duxton Road, Commonwealth Lane, Dunearn Road, Longkang Besar Bukit Timah, Pasir Panjang dan Jurong Town Hall Road.

Discover Malay Home Based Businesses

Negara ini dijangka akan terus mengalami hujan lebat berserta guruh dan angin kencang buat dua minggu akan datang.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map