Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan naikkan paras air di kolam air Linggiu kepada 30.8%: PUB

Jan 25, 2017 | 04:22 PM



HUJAN beberapa hari kebelakangan ini yang menyebabkan banjir kilat di Singapura mungkin menimbulkan rungutan, tetapi ia telah membantu menaikkan paras air di tempat lain - terutamanya sumber air utama Singapura air di Malaysia - Kolam Air Takungan Linggiu di Johor.



Ia kini 30.8 peratus penuh, agensi air PUB memberitahu The Straits Times Rabu (25 Jan).



Ini meningkat daripada 27.5 peratus minggu lalu (18 Jan), dan mencatatkan peningkatan ketara setelah susut 20 peratus yang dicatatkan pada Oktober lalu (2016).



Hujan lebat di Singapura pada Isnin dan Selasa mengakibatkan banjir kilat di beberapa tempat dan menyebabkan trafik di beberapa kawasan bergerak perlahan.



Salah satu kawasan paling teruk terjejas adalah Tanjong Pagar. Banjir berlaku pada hari Isnin di sepanjang 30 meter Maxwell Road dan satu lagi banjir sepanjang 20 meter berhampiran simpang Tanjong Pagar Road dan Craig Road.



Perkhidmatan Kajicuaca Singapura (MSS) berkata hujan lebat adalah disebabkan lonjakan monsun.



Pada 2014, fasa kering musim monsun timur laut menyebabkan Republik mengalami musim kering paling lama, antara pertengahan Januari hingga Mac.



Sejak itu, paras takungan air di Johor berkurangan.



Pemimpin politik, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli, menggesa orang ramai menjimatkan air.



PUB mengulangi gesaan menjimatkan air pada Isnin dengan berkata bahawa walau paras air di Linggiu meningkat kerana hujan sepanjanag dua hari lalu, keadaan cuacaa terus tidak menentu.



"Kita semua perlu terus menggunakan air secara berhemah dan memulihara sumber air yang berharga kita," kata seorang jurucakap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >