Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Hujan sebelah pagi sebabkan banjir kilat di beberapa tempat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hujan sebelah pagi sebabkan banjir kilat di beberapa tempat

Aug 25, 2021 | 05:30 AM

HUJAN lebat pagi semalam menyebabkan beberapa tempat di Singapura ditenggelami air.

Agensi air Singapura, PUB, menyatakan jumlah hujan yang turun dalam tempoh tiga jam pagi semalam adalah lebih banyak dari yang dicatatkan sebelum ini sepanjang bulan Ogos.

Hujan paling lebat dicatatkan di barat Singapura ialah 159.8 milimeter di stesen hujan Bukit Panjang Road dari 7.50 pagi hingga 10.40 pagi, menurut PUB.

Ia adalah 109 peratus dari jumlah hujan bulanan Singapura pada bulan Ogos, tambah PUB.

Banjir kilat itu telah menjejas beberapa kawasan lain termasuk Dunearn Road antara Pusat Sime Darby dengan Taman Binjai, yang menyebabkan jalan raya tidak dapat dilalui kenderaan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3