Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujung minggu panjang Hari Pekerja: Kesesakan dijangka di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas, kata ICA

Apr 27, 2023 | 08:10 PM



KESESAKAN jalan raya dijangka di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Pusat Pemeriksaan Tuas pada hujung minggu tiga hari sempena Hari Pekerja, dari 29 April hingga 1 Mei.





Mereka yang merancang untuk melalui pusat pemeriksaan darat dengan menaiki kereta atau bas dinasihatkan supaya mengambil kira faktor masa tambahan untuk lepasi imigresen, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Khamis.





Menurut ICA, trafik dijangka sesak antara 28 April dan 2 Mei.





Ia menambah, serupa dengan hujung minggu panjang bagi cuti Good Friday baru-baru ini, lebih 1.4 juta pelawat melintasi pusat pemeriksaan darat, iaitu purata 350,000 lintasan setiap hari.





Waktu menunggu purata  bagi mereka yang menaiki kereta melalui pusat pemeriksaan darat adalah sekitar tiga jam.





Penduduk Singapura dan pelawat asing kali pertama, termasuk rakyat Malaysia yang menaiki bas digalak menggunakan lorong automatik untuk melepasi imigresen, kata ICA.



Pemandu diingatkan supaya tidak memotong barisan kerana berbuat demikian boleh menyebabkan kesesakan teruk dan menjejaskan keselamatan pemandu lain, tambah ICA..





ICA meminta pemandu untuk mematuhi peraturan jalan raya, mengekalkan disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >