PARLIMEN
Hukuman lebih berat bagi jenayah mengintai, rakaman intai
Antara perubahan pindaan kepada Kanun Jenayah yang diluluskan Parlimen
May 07, 2019 | 05:30 AM
TINDAKAN mengintai dan melakukan rakaman mengintai, akan dianggap sebagai jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum selama dua tahun, berbanding setahun pada masa ini.
Turut dianggap jenayah sekarang adalah tindakan mengedarkan rakaman mengintai dan memiliki atau mempunyai akses terhadap rakaman sedemikian.