Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman lebih berat bagi pemandu tidak tanggungjawab dirancang

Feb 21, 2019 | 06:30 PM



DUA jenis jenayah jalan raya baru - memandu dengan bahaya dan memandu dengan cuai - akan diadakan untuk menghalang pengguna jalan raya berkelakuan tidak bertanggungjawab, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Khamis (21 Feb).



Ini selaras dengan rancangan MHA mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan lebih serius, di mana pemandu bertindak teramat buruk dan menyebabkan kecederaan serius, seperti dalam kes memandu dalam keadaan mabuk.



Dalam kenyataannya pada Khamis, MHA berkata ia akan memperkukuh hukuman dan menaikkan saman bagi kesalahan itu.



Kesalahan memandu dengan bahaya akan dibezakan daripada memandu secara cuai berdasarkan cara memandu, seperti sama ada seseorang sedang memandu dengan teramat laju atau terlalu mendekatkan kenderaannya dengan kenderaan lain, kata MHA.



Faktor lain yang akan diambil kira ialah sama ada seorang pemandu itu kurang tidur dan mengantuk semasa memandu, atau tidak berada dalam keadaan yang membenarkannya memandu dengan selamat. Pemandu juga akan dinilai sama ada mereka bertindak dengan lebih berhati-hati.



Kededua kesalahan di bawah Akta Trafik Jalan Raya ini selaras, seca am, dengan kesalahan perbuatan terbutu-buru dan perbuatan cuai di bahawa Kanun Jenayah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >