TINDAKAN lebih tegas telah diperkenal terhadap rumah urut (ME) tidak berlesen di bawah satu Rang Undang-Undang yang diluluskan di Parlimen semalam.
Di bawah undang-undang baru itu, denda maksimum $10,000, atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya sekali akan dikenakan ke atas kedai urut tanpa lesen, berbanding denda maksimum $1,000 ketika ini.