Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman mati bagi kesalahan dadah demi kepentingan rakyat SG

Sep 04, 2022 | 05:30 AM



DASAR Singapura mengenakan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah adalah demi kepentingan rakyat Singapura.



Demikian ujar Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semasa menjawab soalan tentang cara Singapura mengimbangi pandangan bercanggah, di dalam dan luar negara, mengenai isu itu di satu dialog bersama pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



"Titik permulaan saya (ialah) apakah tugas saya sebagai menteri? Apakah kerana ada keseronokan dalam menjadi tegas? Bukan satu pun daripada alasan itu.



"Daripada satu perkara biasa seperti membina jalan hingga menamakan sebuah bangunan dan mempunyai dasar-dasar - baik bagi penerbangan, penjagaan kesihatan, Belanjawan, kepada apa jenis denda yang kita ada bagi kesalahan membuang sampah, mencabul, merogol, membunuh, dadah.



"Semuanya harus berdasarkan pandangan tertentu tentang apa yang demi kepentingan rakyat Singapura," kata Encik Shanmugam.



Beliau menyebut tentang satu tinjauan kementeriannya dalam kalangan bukan rakyat Singapura di rantau ini yang mendapati 83 peratus responden berkata hukuman mati membuat orang tidak mahu mengedar dadah dalam jumlah banyak ke Singapura.



"Jika saya hapuskan hukuman mati, pengedaran dadah ke Singapura akan menjadi lebih tinggi. Nyawa anda, nyawa adik-beradik anda, banyak nyawa lain akan terancam. Lebih ramai orang akan mati di Singapura jika kita hapuskan hukuman mati," kata beliau.



Encik Shanmugam juga menyebut tentang satu tinjauan berasingan oleh kementerian itu yang menunjukkan hampir 87 peratus rakyat Singapura sokong hukuman mati.



"Jadi tidak banyak hujah di Singapura. Hanya beberapa orang sahaja yang mengulangi perkara ini," kata beliau, sambil menambah bahawa bukan Singapura sahaja yang ada hukuman mati.



Ia juga dilaksana di tiga negara terbesar di dunia - China, India dan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >